2011/06/18

SELAMAT TINGGAL ANAK-ANAK MURIDKU.. :(



Salam semua…

Lupakan dulu pada perkara yang buruk dalam hidup aku.. Aku teringin nak kongsi cerita menarik dan buat aku tersenyum sendiri bila memikirkannya dari awal sampai sekarang…

Tahun lepas aku plan untuk menjadi guru sambilan di sebuah pusat tusyen berdekatan dengan rumah.. Yela, nak jadi cikgu sekolah, macam tak layak pulak… Lagipun, aku berminat nak mengajar dan turunkan ilmu yang aku ada… Di samping tu, boleh la buat duit tambahan..

Jadi dah cukup 2 tahun aku mengajar, kini tiba masa untuk aku undurkan diri.. Yelah, dah tiba masa untuk aku buat kerja lain pula.. Nak sambung belajar, tak boleh pula.. Diploma pun haprak.. Nak masuk diploma balik, SPM math aku pulak kantoi… Rayuan dah buat, tapi kene reject.. Malang menimpa kat aku bertalu2..

Tapi aku tak putus asa… Aku salahkan diri aku jugak untuk semua ni.. Sebab tu aku cuba untuk berubah dan betulkan mana silapnya… Kalau dulu aku seorang pelajar yang malas belajar, sekarang aku dah nampak kesannya..

OK lah… Berkaitan dengan pengalaman aku sebagai cikgu, aku anggap kerjanya mudah… Tapi, bila aku sendiri yang merasainya, baru aku sedar betapa besarnya cabaran menjadi seorang pengajar… Aku bersyukur apabila diberi peluang untuk mengajar budak2 dari darjah 1 sampai 3… Aku ajar subjek BM, BI, MATH dan SAINS…

Ini semasa subjek sains

So far, semuanya ok… Budak2 dalam kelas aku memang aktif dan nakal.. Aku tak boleh nak berkeras sangat dengan dorang sebab dah memang lumrah… Budak2 yang cerdik, memang aktif dan bising.. Yang senyap tu la bermasalah… Jadi aku kenal mana 1 yang cerdik dan kurang cerdik…

Tapi sebaik2 aku sebagai cikgu pun, aku mahu yang terbaik untuk dorang… Kalau aku terlalu baik pun, tak menjadi jugak ilmu yang aku bagi… Bila budak2 dalam kelas aku mula nak naik tocang, aku terpaksa jadi garang supaya dorang takut.. Aku memang tak biasa marah budak2, tapi dalam hal camni, aku terpaksa…

Ada pernah sehari tu, aku marah seorang budak tu… Masa tu pada awal tahun ni.. Aku marah dia sebab aku dah lama perasan yang selama ni dia suka tipu aku bila aku tanya mana perginya buku tulis dia… Pernah jugak dia tipu aku bila time nak hantar buku… Bila aku mintak buku dia, katanya dia dah hantar… Aku pantang bila budak kecik dah pandai nak memperbodohkan cikgu… Kalau sebelum2nya, aku diamkan diri, tapi kali ni, aku dah tak boleh nak kawal…

Aku mintak dia keluarkan semua buku dalam beg dia.. Dia keluarkan dan memang kantoi dia tak buat pun latihan yang aku bagi… Bila aku tanya kenapa dia tak siapkan, katanya susah… Aduhai, kalau susah, apa gunanya aku sebagai cikgu tusyen dia? Bermacam2 soalan aku nanya dia dan aku marah dia supaya dia sedar… Time tu, aku tak kisah… Aku marah dia sampai dia menangis… Hati aku tersentuh masa tu, tapi aku cuba kawal… Aku marah demi kebaikan dia..

Ini lah budak yang aku maksudkan, Nadia Shafirah...

Yang menariknya, subjek yang dia katakan susah tu ialah MATH… Iaitu my worst subject!! Hehehe.. Sebenarnya, aku nampak diri aku kat dia.. Dari segi minat dia dalam pelajaran, kuat berkhayal dalam kelas, slow nak pick up apa yang cikgu ajar esp math, tu semua mencerminkan diri aku masa kecik2 dulu… Sebab tu aku marah dia sebab aku taknak dia jadi macam tu sampai besar… Aku tak mau dia jadi macam aku… Aku yang pernah dihina, dikutuk, dan macam2 lagi gara2 tak pandai math.. Alih2, aku jugak yang malu…

Aku sekarang sebagai cikgu dan pernah telan pahit manis dalam pelajaran ni, aku tau bagaimana rasanya bila kita di tahap pelajar yang lemah… Aku hanya mahukan yang terbaik untuk anak2 murid aku… Kini, baru aku sedar kenapa cikgu2 dulu pernah marah, tampar, cubit, denda, dan maki2 aku depan murid2 yang lain… Sebab pengorbanan cikgu dalam mengajar pelajar2, bukan kecik…

Sebab ilmu yang kita ada hari ni, semuanya di atas jasa cikgu yang pernah mengajar dulu… Jadi aku bersyukur sebab dengan apa yang berlaku pada aku suatu ketiku dulu, memberi pengajaran besar buat aku…

Yang buat aku teramatlah terharu pada anak2 murid aku, dorang begitu hargai aku sebagai cikgu… Apabila aku kata aku akan berhenti mengajar, mula la dorang bising2… Tanya kenapa dan macam2 soalan itu ini… Payah aku nak menjawab sebab aku sendiri pun sedih nak tinggalkan dorang… Sebab aku dah anggap dorang macam adik2 aku sendiri…

Sempena hari guru yang lepas, aku diberi hadiah… Walaupun tak mahal, tapi aku cukup gembira sebab aku rasa dihargai… Baru2 ni, bila dorang tau aku nak pergi, aku terima banyak surat dari dorang semua… Setiap surat ada je kata semangat dari dorang… Hehehe.. Kecik2, dah pandai buat ayat…

Semangat dorang untuk buat semua ni membuatkan aku terharu..


Bukan surat je, tapi hadiah pun ada… Serius, aku tak pernah jangka yang aku akan dapat penghargaan sebegini hebat dari dorang… Walhal, aku rasa biasa je cara aku mengajar… Mungkin sebab aku layan dorang bukan sekadar pelajar… Tapi lebih dari tu…

Terima Kasih Nadia, untuk rantai comel ni..

Apa yang aku mengharapkan sekarang, agar dorang berjaya dalam hidup… Setelah 2 tahun aku turunkan ilmu pada dorang, aku doakan dorang dapat manfaatkannya dengan baik…

Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana diberi peluang sebegini besar untuk menambah pahala dalam memberi ilmu kepada manusia… Terima kasih…

Buat pelajar, cikgu pasti akan rindukan kamu semua… Semoga Berjaya… InsyaAllah…

Hafiz Hazrin

Hani ( Best Student )

Nurina Kamilia

Asrul Iman

Izzad

Gonna miss u guys...


Sekian…