Salam… Memandangkan aku sekarang terlalu banyak masa lapang, aku nak kongsi khabar diri kat korang semua.. Okay..Diikutkan sekarang, aku sepatutnya dah habis diploma.. Sepatutnya?
Ya… sebabnya aku menarik diri dari kolej jahanam MIIM atau nama lapuknya, Akademi TV3.. Dengar je Akademi TV3, mesti korang ingat kolej ni gempak kan? Well, aku pun tertipu jugak sebenarnya.. Aku sebenarnya dari bangku sekolah memang minat bidang kewartawanan..
Aku ni berangan2 nak jadi pembaca berita.. Serius, aku tak mintak lebih.. Aku bukan hard up sangat nak kejar glamour seperti sesetengah orang… Aku tau siapa mereka2 tu… ;)
Sebenarnya dari mula lagi kolej ni dah bikin masalah.. Masalah pertamanya,kolej ni dah pernah disita sebab tak bayar hutang premis sebanyak separuh juta ringgit… Jumlah yang agak banyak.. Aku fikir mana perginya duit2 student yang bayar yuran dan sebagainya..
Sudah la yuran 1 sem dorang cekik sampai RM2700.. Tu baru 1 kepala.. Kalau 100 orang? 200 orang? Tak ke banyak tu yang dorang pungut.. So, camne boleh timbul soal hutang premis dan itu ini?? Memang sah la buaya2 atasan dok songlap duit student!!!
Tapi aku tetap sambung belajar kat premis kolej yang baru memandangkan duit yuran dan sebagainya dah aku bayar.. Memikirkan masa dan duit, takpe lah.. Aku teruskan.. Aku belajar sampai tamat praktikal kat RTM..
Aku ni kalau dah nak tamat belajar, exited lain macam.. Maklum je la.. Aku plan nak sambung degree terus lepas dah dapat diploma… Plan nak sambung kat IPTA sebab dah serik kena kencing dengan kolej2 swasta.. Indah khabar dari rupa je kolej2 swasta ni..
Ternyata harapan tinggal harapan bila aku dapat tau MIIM takde MQA.. Belum reda lagi masalah2 yang ada, tambah lagi masalah baru.. MIIM memang tak habis2 bikin masalah.. Bila dah dapat tahu, aku memang tak boleh diam…
Macam mana aku nak sambung belajar kalau diploma tak laku.. Tambah pelik, budak2 batch aku ok je.. Mungkin dorang dah puas hati kerja makan gaji rm1500 kot.. Yelah, dapat jumpa artis, kejar glamour kaw kaw punya.. Takpe.. Aku faham.. J
Aku ni bukan jenis yang nak kecoh2.. Aku gagahkan diri jugak pergi jumpa lecturer dan pekerja2 MIIM kat office.. Wah, apa yang aku kagum dengan dorang ni semua, mati2 nak bela kolej dan orang2 atasan.. Yang bestnya, siap bagi jaminan diploma aku ni laku.. Duk bandingkan senior2 aku yang dah sambung degree kat IPTA.. Hehehe..
Itu cerita 5 6 tahun lepas la.. Tak payah nak ulang2.. Dah lama basi pun.. Inilah kerja dorang sebenarnya.. Memperbodohkan student2.. Nak memperbodohkan yang lain, aku tak kisah.. Tapi jangan aku!! Aku bayar yuran CASHHH!! Bukan bayar pakai daun kering yang boleh dipungut tepi2 jalan..
Aku memang pantang dengan penipu2 ni.. Lebih2 lagi kalau melibatkan duit.. Sebab tu aku pergi dan nak tuntut balik duit2 yang aku dah bayar.. Dah la result2 student dorang duk tangguh2 je nak serahkan..
Bila aku mintak balik untuk serahkan semula tesis yang aku buat separuh mati, dorang kata tak boleh.. Kononnya hak milik MIIM.. Apa? Hak milik? Hello, aku yang penat buat tesis tu, korang senang nak kata itu hak milik korang? Tapi aku berkeras nak ambik jugak tanpa mempedulikan dorang tu.. Daripada tesis aku dorang buat pekasam, lebih baik aku ambik buat rujukan.. Aku pun tak faham la untuk apa aku bayar duit ribuan ringgit, alih2 end up macam ni..
Aku bawa isu ni ke tribunal pengguna yang membolehkan aku tuntut balik hak aku. Sekarang, mahkamah dah bagi perintah kat MIIM untuk bayar semula tuntutan aku, tapi sampai sekarang, dorang masih senyap.. Aku teringin nak berdepan dengan kepala yang bertanggungjawab atas hal ni.. Bila tanyakan dimana jantan tua tu berada sekarang, semua kata tak tahu.. Mustahil la tak tau.. Gaya sebijik macam konco2 yang melindungi tuannya.. Urgghh…
Plan aku sekarang, nak mulakan semula apa yang dah terbuang selama 3 tahun lebih.. Impian aku adalah untuk habis belajar sampai degree dan dapatkan kerja yang baik.. Dan kali ni sudah semestinya aku apply untuk masuk kat IPTA..
Biarlah dari mula aku bersusah payah.. Sebab kejayaan pasti menanti buat diri aku.. Tentang ex batch aku, aku pun dah tak nak ambik tau tentang dorang.. Tak penting pun.. Kalau dulu dorang selalu menganjing aku, sekarang aku akan pastikan yang dorang takkan kenal diri aku yang baru.. Kesabaran dan kebodohan aku ada hadnya..
Mungkin aku terlalu baik sampai kepala aku pun senang2 dipijak.. Terima kasih kerana buat aku menjadi seorang yang kuat dan berfikiran tajam.. Bagus jugak, sebab lepas ni kalau aku jumpa puak2 poyo macam dorang, aku tau la apa nak buat.. J
Tapi apapun, biarlah berbalik pada jalan Allah.. Aku percaya ini semua ada hikmahnya.. Doa orang yang teraniaya akan termakbul.. Pasti masa pembalasan untuk dorang akan tiba.. Tunggu je.. Aku tertarik dengan kata2 dari novel “Phantom Of The Opera” masa tingkatan 2..
“I can be a good friend, but a bad enemy”
Sekian… J
tp lagi best kata2 dr cable guy. 'I can be your best friend or your worst enemy'. :D
ReplyDeletehaha.. ni lain sikit.. tapi erti, tetap sama.. :)
ReplyDeleteWOW maria.. speechless bila baca this entry.. keepit up gurl!! sokong 100%
ReplyDeletethnx alya... :)
ReplyDeleteajak la member baca entri ni skli..
biar dorg tau miim cmne skg..
Hadeh....baru ingat buat certificate kat sana.
ReplyDeletehmmm aku kna blacklist ptptn gara2 miim dowh.. sijil ntah k mana kja ntah k mana..jahanam...
ReplyDelete