Salam…
Berkenaan dengan post kali ni, aku nak share tentang sahabat ataupun istilah ‘girly-girlynya’nya, BFF (Best Friend Forever ) dalam hidup aku. Jujur aku katakan, aku takde sahabat. Well, there’s nothing to be proud of. Cuma untuk diri aku sendiri, aku dah cukup bahagia dengan si dia, kerana dia lah teman, kekasih, dan juga sahabat aku.. Besides him, I have my family behind my back.. J
Sebelum aku melangkah ke alam kolej, memang ada beberapa kawan masa sekolah. Yang mana masa tu, aku happy la jugak.. Takde la aku macam kera sumbang je.. Actually, I wasn’t a bright student during my school time.. So, susah untuk aku dapat teman yang bijak pandai. Aku ni yang penting, hati tu mesti baik.. Pandai or tak, tu belakang kira..
Aku masa sekolah, tak pernah dibuli secara fizikal, but mentally and emotionally, YES!! Aku ni memang jenis yang cepat makan dalam, especially when it comes to friendship.. Pernah sekali, aku diberi peluang untuk berkawan dengan budak pandai.. Aku bangga… At the same time, aku berjaya tingkatkan grades aku dari merah ke hitam… Sebab, apabila kita berkawan dengan orang yang bijak, automatically kebijaksanaan dia akan berjangkit pada kita.. J
Tapi, dalam2 berkawan dengan orang bijak ni, mesti ada risikonya.. Apatah lagi kalau kita ni kureng daripada dorang. Antara pengalaman aku ialah semasa dalam kelas.. Time tu subjek English.. Kita diberi tugasan untuk buat karangan.. So, I have no problem with that,, AT ALL!! By the time aku dah siap, aku hantar. I admit, her marks was always higher than mine.. No doubt about it.. Everyone knows about her “genius” in English.. Tapi, itu bukanlah tiket untuk dia lepas cakap.. Apa yang aku tak boleh lupakan sampai sekarang, storyline dalam karangan aku dikritik.. Aku tak boleh terima cara dia mengkritik.. Kalau iye pun cerita tak logic, tak perlulah keluarkan perkataan,
“ Are you stupid or what?”
I was like, ‘Damn! It’s just a f*****g story..’
Itu je yang aku mampu luahkan dalam hati.. Aku tak sanggup nak tempek ayat tu kat muka dia sebab aku masih boleh fikir dengan waras.. Aku memang boleh marah, tapi tak perlu pun nak lepaskan semua tu… Aku bukan jenis yang mementingkan diri sendiri.. Perasaan orang lain, kene amik kira jugak.. Sampai ke hari ni dia tak tahu betapa aku terasa terhina dengan kata-kata dia.. Ada jugak beberapa kali dia lepas cakap.. Mungkin dia bajet pandai… Tapi apa yang aku nampak sekarang, dia bukanlah seorang yang pandai.. Dia lebih kepada “SMART ASS” yang perasan bagus dalam semua hal.. Tapi dia tak bodoh..
Pendapat aku, kepandaian seseorang terlalu subjektif.. Tapi dalam istilah pelajaran, mungkin kepandaian seseorang diukur melalui grades. Kalau straight A’s, terus digelar pelajar yang pandai.. Memang betul, tapi akan jadi salah apabila skop istilah kepandaian itu menjadi luas.. Adakah dia seorang yang pandai, apabila dia begitu mudah memandang rendah terhadap orang lain? Menyakiti hati kawan-kawan? Kalau macam tu, dia mungkin pandai, tapi tak bijak…
Berbalik pada kawan aku tadi, aku tetap terus berkawan dengan dia walaupun hati ni dah cukup bengkak.. Aku cuba untuk faham perangai dia yang agak hyper tu.. Hakikatnya, perlu diterima apabila kita tak pandai, orang-orang yang pandai ni la yang akan menguasai.. Jarang orang akan melayan kita dengan baik dengan kelemahan yang ada… I’ve learned my lesson there.. Namun hubungan aku sebagai kawan dengan dia, dah mula kabur dan kabur.. Semakin kabur, semakin jelas pemikiran aku terhadap dia…
Dulu mungkin aku kagum plus cemburu.. Sekarang, tak lagi… Aku rasa macam tu sebab dia seolah-olah tak mau aku lagi dalam hidup dia.. Aku SMS, tak balas… Aku call, tak angkat.. Busy sangat ke? Kalah PM kalau macam tu.. Lepas apa yang dia buat, aku nekad… Aku tak mau contact lagi dengan dia lepas tu.. Aku pulak yang terhegeh-hegeh nak kekalkan friendship… Tapi dia??
Mungkin dia fikir aku ni tetap bodoh kot… Tetap Maria Ellena yang slow masa dalam kelas.. Well, it’s up to you my dear friend… J If that makes you happy… I’m OK.. No big deal.. J Bagi sesiapa yang baca post aku ni sedang berkawan dengan dia atau dia sendiri , you know who you are…
Cuma pesanan aku buat dia, you are not perfect as you think you are… and you are not always right… Mind that in your head!! Remember, if one day you come and knock my door, I swear that I won’t recognize you anymore… Just like what you did to me.. Fair enough… Isn’t it? J I’d rather be alone, than having a thousand friends who used to make fun of me like you…
Sebab tu aku kalau berkawan, aku tak main-main.. Aku serius dalam persahabatan.. Sebab aku anggap kawan macam keluarga aku… Kawan yang tak berguna ni, cepat-cepat la aku campak jauh dari hidup… Sebab manusia ni bila dah berjaya setapak, terus beralih angin seolah-olah berjaya mara sejuta tapak dalam hidup… Allah maha adil.. Segala kelebihan dalam diri, hanya pinjaman.. Bila-bila masa boleh ditarik balik… Aku percaya pada hukum karma.. Dengan apa yang terjadi, aku masih percaya yang teman sejati, masih boleh dicari.. Cuma jumlahnya saja yang boleh diumpamakan, 1 dalam 2 juta! J Aku dah jumpa…dan aku bahagia… Well, that’s all from me… J J
P/S - For me, it doesn’t matter if you’re brilliant or not… What really matters now is, are you smart enough?