2011/06/16

( MIIM ) APABILA KAKI PUTAR ALAM MULA BUKA MULUT

Salam…

Berkaitan dengan post aku tentang kolej lopek tunggu masa nak lingkup, AKHIRNYA aku dah terima feedback dari jantan tua tak sedar diri tu… Feedback yang amat menyakitkan hati dan sanubari aku…

Beberapa minggu lepas mahkamah dah keluarkan award untuk MIIM bayar semula tuntutan aku.. Dorang dah terima dan diberi tempoh 2 minggu untuk settle… Tapi dorang punya keras kepala mengalahkan besi, dorang buat diam je..

Aku baca dalam award tu, sekiranya pihak penentang ( si botak bodoh ) tu nak mengetepikan award, hendaklah mengisi borang 12 dan kemukakan sebab… Aku bajet, dorang takkan buat macam tu… Alih2, tepat 2 minggu, aku dapat surat dari MIIM yang berisi borang 12… Wah2… Dorang ni kalau dengar je award boleh diketepikan, cepat2 pulak bagi feedback… Yang mana selama ni, dorang senyap seribu bahasa…. Aku pun fikir…

“Oooo, hidup lagi rupanya.. Ingatkan dah arwah dah..”

So, skali lagi, dorang kemukakan alasan2 bodoh…. Si botak tua tu boleh pulak kata, dia tak dapat datang masa pendengaran sebab terlepas pandang pada tarikhnya.. Dalam hati aku berkata….

“Kepala hotak kau terlepas pandang!!!”

Sudahlah tak datang masa hearing, sedar la diri tu sikit… Tak malu pulak nak ketepikan award tu.. And then alasan lagi bodoh yang dia bagi, pihak kolej tak pernah menjanjikan bahawa diploma pelajar ada MQA… Plus, perkhidmatan pengajian sudah diberi, maka ia harus dibayar…!!

Woww!! Alasan tak boleh blah… Aku pun apa lagi.. Darah aku pun naik menggelegak bila baca alasan bodoh lagi bangang dari “Dekan MIIM”… Hello!!!! Aku pun tak hingin nak dapatkan ilmu low class dari kolej low class macam tu…!! Aku ngaku aku bodoh pergi masuk kat situ… Tu pun sebab korang kencing student2 kata macam2… Siap guna nama TV3 lagi… Ptuiiihhhh…

Kalau kau kata tak pernah berjanji, apahal kau dan konco2 tak cakap masa kolej disita dulu? Dah tersepit macam sardine dalam tin, baru kau nak cakap… Kan senang kalau kau cakap macam tu 4 tahun yang lepas…Bolehlah aku blah awal2 dlu… Takde la nak jadi bloody fool belajar kat situ… Apa punya bangang kau ni? Orang macam ni pun ada ke….?

Aku ingat lagi dulu kau dengan “pelakon2” hebat dulu, bukan main lagi berjanji kata akan mengubah management dan semuanya akan kembali seperti biasa… Takde pulak aku dengar diploma dah takde MQA… Korang tak kata macam tu sebab takut student semua lari… Korang kan dah hard up sangat dengan duit… So, kene cover sesame sendiri la… Dasar SETAN bertopengkan manusia…

Aku sedar selama aku belajar kat situ, aku tak rasa happy langsung.. Aku terpaksa sangkut kat situ sebab dah ribuan ringgit aku belanja… Dan aku just nak tunggu diploma then terus ke degree.. Bila aku tanya pekerja2 MIIM, maka adegan telenovela pun bermula… Bagi macam2 jaminan.. Walhal tu sume bull**** je..

So, camne sekarang ni botak??!! Dah ready ke utk 2nd hearing pada 20 Jun nanti? Jangan kata terlepas pandang pulak ye… Kau jangan ingat award tu boleh diketepikan macam tu je… Seperti mana kau senang2 nak ketepikan mangsa kau bila dah tersepit camni… Kau ingat mahkamah bodoh macam kau ke??

Alasan bodoh apa lagi kau nak sajikan pada mahkamah nanti? Yang kolej tak pernah berjanji nak bagi akreditasi pada sesuatu program?? Hahaha…J Lebih baik la kau bersedia jantan tua… Sebab salah cakap, kau bukan saja akan kena tiao dengan aku… Hakim pun boleh tiao kau nanti..

Jadi sekarang ni, aku hanya menunggu masa dan mengharapkan agar perkara ni selesai dengan cepat… Aku tak suka perkara2 macam ni dilewatkan prosesnya… Ada duit tu, bayarlah… Songlap duit, bukan main laju.. Mintak bayar balik, senyap terus.. Dasar penyangak!!

Hurm, apapun, aku berdoa agar dapatkan semula hak aku… Semoga manusia yang jahanam macam ni, akan menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatannya..

Wish me luck… J

“Berani buat, berani tanggung”