Salam…
Pernah tak korang gagal dalam exam? Mostly, mesti pernah kan? Hehehe.. Takpe.. Itu perkara biasa dalam hidup… Tak perlu dikhuatirkan sangat..
Apa yang menariknya kisah kegagalan aku kali ni, apabila aku terpaksa repeat semula paper Matematik SPM yang aku dah tinggalkan 5 tahun lalu… Well, bagi yang tak tau, aku memang kantoi dalam Math.. Aku benci Math sampai setiap test dan exam, aku fail.. Markah semuanya dalam lingkungan 20 hingga 35 per 100.. Paling tinggi yang aku boleh capai masa sekolah menengah dulu pun, 42/100.. Itu pun aku dah melompat keriangan.. Hehehe…
Kenapa baru sekarang aku repeat? Sebabnya, aku nak sambung belajar.. Cuba la bagitahu aku IPTA mana nak terima aku kalau Math aku dalam SPM hanya 7D..?? Ya, walaupun aku lulus atas pagar, tapi still tak memuaskan..
Baru aku sedar dan menyesal kenapa aku tak belajar betul2 masa dalam kelas Math dulu.. Aku ingat lagi masa aku darjah 4.. Cikgu Math selalu rotan, cubit, dan denda aku disebabkan kebebalan aku dalam Math.. Habis kulit aku penuh dengan “love bite” angkara cubitan keramat dari cikgu Math aku.. Cikgu ni muka je manis, tapi garangnya tu, mak aiii..
Tapi seksa aku bukan sampai disitu je.. Aku masih belum sedar2 lagi.. Malah bertambah teruk.. Masa naik darjah 6, aku semakin teruk… Apatah lagi aku dikelaskan dalam kelas pertama pulak.. Yang mana confirm la kebodohan aku dapat dilihat dengan ketara… Mungkin sebab aku OK dalam subjek lain, aku dikelaskan di kelas pertama…
Cikgu Math aku time tu, selalu marah aku.. Bila time nak semak homework, dia marah2 aku sebab tak siapkan kerja.. Dia siap campak buku tu kat luar kelas… Aku pungut buku tu balik macam orang bodoh.. Arghh… Padan la dia pernah kata aku bodoh sombong..
Aku dapat rasakan dia pasti akan sangka aku ni takkan berjaya dalam UPSR sampai la ke SPM… Sikap malas dan benci aku terhadap Math tak terhenti disitu.. Sikap tu aku terbawak sampai la ke SPM.. Time tu, takde cikgu yang nak marah2 dan maki hamun.. Ye la, semua dah besar.. Nak marah pun, tak guna.. Aku boleh rasa, cikgu2 semuanya pasrah dengan aku…
Aku benci Math sebab terlalu banyak mengira dan aku cepat pening tengok nombor yang terlalu banyak.. Nombor kecik, nombor besar, simbol2 yang memeningkan kepala.. Arghhh.. Kerana itu semua, aku dipandang kecil..
Dulu pernah jugak aku nak berubah dan cuba untuk usaha menyanyangi subjek ni… FYI, aku sekolah di SMK St Mary…Tapi yang buat aku menyampah, budak2 pandai dalam kelas aku semuanya kedekut ilmu.. Aku mintak tolong dorang ajarkan dan bagi aku faham tentang soal yang aku tanya.. Tapi dorang malas nak layan aku dan kata, “tak tahu laaa”… That’s it!! Aku dah malas dan give up.. Persepsi aku terhadap budak2 bajet pandai ni, berubah.. Aku anti budak pandai, sebab beranggapan, budak2 pandai ni, memang berlagak dan rasa diri mereka tu, over the top!!
Tapi subjek lain, aku OK je.. Subjek yang menjadi kekuatan aku selama ni adalah BM dan BI.. Ni memang aku kaw2 terror.. Hahaha.. Perasan… J Tapi aku takde lah berlagak.. Aku siap bantu member sebelah aku dulu.. Dia budak cina.. Dia agak slow dalam BM dan BI, dan aku selalu bantu dia.. Aku suka bantu orang dan sikit pun tak rasa terbeban..
So, aku tak faham kenapa perlu rasa diri tu bagussss sangat sampai nak pandang rendah terhadap kelemahan orang.. Come on laa… Allah bagi kau kelebihan, gunakan la dengan cara yang baik.. Sebab bila2 masa je Allah boleh tarik balik kelebihan kau tu… Hmm..
Sekarang, aku bertungkus lumus study semula Math SPM… Of course dengan bantuan buah hati pengarang jantung aku… Tanpa dia, jangan kata 7D, 8E pun belum tentu aku boleh capai.. Hina weii dapat gred macam tu… Huhuhu..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan aku 70% bersedia untuk SPMU pada 13 Jun 2011 nanti.. Doa-doakanlah semoga aku berjaya lulus dengan baik dan kali ni, aku target nak dapat B ke atas.. J Moga2 doa aku ni termakbul… Amin… J
“Gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya”
Sekian…
Bravo Maria...
ReplyDeleteI love this kind of spirit....
CUre the hatred, the world is full of hatred already.
:)
Allya respect you la mariea...
ReplyDeleteamik July Paper ye?? hebat2!! I wish you good luck! moga2 dapat A++
nt result bgtau!! boleh celebrte dlm blog!! ;)
Hihi... Thanks Leo... Target nak dapat A ni... ;P
ReplyDeleteOrait Alya.. Mesti akan gtau n wat entri berkenaan dengannya.. haha.. :)
ReplyDelete