2010/11/22

2 ALAM : INDAH KHABAR DARI RUPA



Salam semua. Setelah sekian lama menyepikan diri dari menulis dalam blog ni, hari ni terdetik untuk membuat post berkenaan dengan filem 2 ALAM yang mana sebelum ini kecoh 1 Malaysia dengan laungan RM40 juta pecah panggung. RM40 juta bukan satu nilai yang kecil dan bagi saya terlalu tinggi sasaran itu, apatah lagi ianya cuma ditayangkan di Malaysia dan Brunei. Mustahil! Tak salah untuk berfikiran positif sebegitu, tapi kata orang, biar bertempat atau “agak-agak la kan”.

Baiklah, pertama sekali saya mahu berkongsi tentang jalan cerita filem ini dan apa yang cuba disampaikan. Filem ini mengisahkan Adam seorang jejaka berasal dari kampung yang telah membuat perubahan fizikal untuk menjadi seorang wanita. Setelah berjaya, dia telah bertukar nama kepada Amy. Apa yang saya perhatikan dalam filem ini, hanya watak Amy saja yang ditunjukkan tanpa menghidupkan sebabak pun watak Adam. Nama Adam itu hanya disebut-sebut.

Hasil suntingan dalam filem ini juga masih banyak perlu diperbetulkan kerana potongan dari babak ke babak kelihatan terlompat-lompat, yang menyebabkan penonton pening. Mungkin mereka mahukan kelainan dengan melakukan cara itu, namun gagal untuk menjadikan ia tampak unik dan menarik. Sebagai contoh, terdapat babak memandikan jenazah si mati, iaitu Adam. Apa yang diperhatikan, terlalu banyak “slow motion” untuk babak ini. Saya faham bahawa mereka mahu menunjukkan dengan lebih “detail” dalam pengurusan jenazah, tetapi bukan ini sahaja yang penonton mahu lihat. Terlalu lambat perjalanannya dan membuat penonton mudah bosan. Cukuplah sekadar beberapa babak, tidak perlu terlalu fokus disitu. Dalam-dalam menunjukkan babak pengurusan jenazah, terus potong pada babak Amy yang melakukan aktiviti kurang sihatnya semasa hidup. Jadi disini, bermulalah peralihan dua babak ini dari 1 masa ke 1 masa. Inilah yang membuat penonton mudah bosan.

Dalam babak Amy pula, terlalu banyak adegan-adegan kurang senonoh ditunjukkan. Seolah-olah, dalam dunia pondan ini, hanya semata-mata kerana seks sahaja. Kajian tentang kehidupan seorang pondan ini perlu dikaji sedalam-dalamnya dahulu bagi menghasilkan 1 karya yang baik. Dialog yang digunakan dalam filem ini kurang digunakan dan terlalu banyak “backround” muzik. Kalau muzik berlainan, tidak apalah juga. Asyik-asyik muzik yang sama. Bosan.

Bagi menampakkan Amy ini begitu jauh terpesong, babak Amy melakukan maksiat, mengambil dadah, berkahwin dengan cara kristian, dan sebagainya ditunjukkan. Kesemua babak disini, langsung tidak jelas dan lemah garapannya. Contohnya babak Amy berkahwin di London dengan seorang jejaka mat saleh. Pertama sekali, ini menimbulkan persoalan kepada penonton dari mana datangnya si mat saleh ini? Tiba-tiba muncul dan langsung tidak dijelaskan dengan lebih lanjut dari mana Amy boleh berkenalan dengan jejaka mat saleh ini sehingga boleh berkahwin. Di London pulak tu. Babak ini terus mati disitu.

Terdapat lagi babak Amy yang meniduri seorang komposer yang dipercayai membuat lagu untuk Amy memandangkan dalam filem ini, Amy seorang penyanyi yang terkenal. Disini juga kurang jelas ditonjolkan bahawa Amy ini seorang artis yang terkenal. Langsung tidak menampakkan cirri-ciri seorang penyanyi. Tidak ada babak walau sesaat pun, si Amy ini menyanyi, malah “backround” musik saja yang lebih. Yang terlalu sibuk ditonjolkan hanya seks, berfoya-foya dan pengurusan jenazah.

Dalam babak pengurusan jenazah, masih banyak lagi kelemahan. Watak Aaron Aziz sebagai ustaz gagal menguatkan filem ini. Aaron memang seorang pelakon yang baik, namun teknik pengarahan yang lemah dalam filem ini, gagal menampakkan kehebatan Aaron. Babak ini yang dikatakan menginsafkan tidak sampai kepada penonton, malah telemovie lakonan Allayarham M. Rajoli iaitu, “Tanah Kubur” dan “Liang Lahad”, karya Rashid Sibir, jauh lebih menginsafkan, serta penyampaiannya jelas. Apa yang saya cuba sampaikan disini, kajian dalam membuat sesuatu babak itu, perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Ini kerana, mesej dalam sesebuah cerita itu akan sampai ke sanubari penonton dengan olahan skrip yang baik, jalan cerita yang jelas, dan jangan terlalu fokus pada babak tertentu sehingga membuat penonton lemas apabila melihatnya.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan disini, Dr Rozmey selaku penerbit filem 2 ALAM ini, perlu sedar bahawa terdapat banyak kelemahan dalam filemnya. Walaupun hanya penerbit, namun dia sendiri memainkan peranan yang penting dalam memastikan 2 ALAM ini merupakan karya yang bermutu. Tetapi, apa yang dilihat, terlalu fokus pada promosi filem ini sehingga membuatkan para pengkritik filem, media-media, serta orang ramai, naik meluat. Disangkakan perasaan meluat ini boleh hilang setelah menonton 2 ALAM, namun sebaliknya pula yang berlaku. Promosi sana sini, bermacam-macam slogan yang keluar, sehinggakan RM40 juta pecah panggung menjadi sasaran Dr Rozmey. Ironinya, hanya dia saja yang kecoh, tetapi pengarah filem iaitu Zarith Lokman dan Hairie Othman, senyap saja.

Diharap agar selepas ini, sekiranya Dr Rozmey mahu menerbitkan filem lagi, cubalah belajar dari kekurangan dalam filem 2 ALAM ini dan tolong buat kaji selidik dahulu. Idea cerita sudah bagus, namun pengolahan terlalu lemah, tidak segah promosi yang berbulan-bulan lamanya dilakukan. Sebagai orang melayu, saya tidak teragak-agak untuk menyokong sesama sendiri, tapi harus terima kritikan dari orang ramai yang menonton. Kritikan menjadikan kita lebih baik, dan jangan terlalu bongkak dengan kejayaan yang dikecapi. Terima kelemahan dan ubahkannya. InsyaAllah orang tidak akan menyampah. Semoga Berjaya Dr Rozmey!! J

2010/05/04

Masalah!!!

Salam semua.. Semasa saya sedang membuat post ini, fikiran saya sangat berserabut.. Kebiasaannya kalau orang dalam bermasalah, dia akan mencari seseorang untuk meluahkan apa yang dirasa.. Tapi saya, entah la.. Kadang2 terasa mahu untuk bersendirian.. Tak mahu memerlukan sesiapa pun sebab bagi saya, masalah bukan dapat diselesaikan pun. Jadi saya memilih untuk bersendiri.. 

Saya tidak akan beritahu apa masalah saya, sebab saya bukan jenis yang senang2 je cerita masalah kat orang.. Sebab bagi saya, tidak akan ada sesiapa pun yang memahami saya.. Bukan senang untuk memahami saya.. Keluarga saya sendiri pun kadang kala tak memahami apa yang saya rasa.. Jadi apa gunanya saya luahkan apa yang saya rasa, tapi penyelesaiannya, tak ada!! Sedih, tapi ini yang harus saya hadapi.. Mungkin semua masalah yang melanda dalam diri saya, akan mematangkan saya.. Tapi kenapa ianya makin bertambah, sedangkan tak pernah nak kurang.. 
Saya sedih tengok bila mana orang yang saya kasih sangat2, bersedih dan cemburu dengan kehidupan yang sempurna macam orang lain dapat.. Saya sedih sebab saya tak mampu untuk membantu, malah terasa saya ni macam beban pula.. Bagi saya, kita semua berhak untuk mendapat kehidupan yang senang dan sempurna.. Kepada semua, korang patut rasa bersyukur dkurniakan dengan kehidupan yang jauh lebih baik dari saya.. Mungkin korang tak faham dengan apa yang saya cuba sampaikan.. Sebab memang tak akan ada yang faham pun.. Sekarang saya hanya mampu untuk menghitung hari sampai bila masalah saya semua akan berakhir.. Mungkin tak akan berakhir melainkan saya mati!!

2010/04/19

MY VERY FIRST POST IN ENGLISH!!

Salam n Hello to all bloggers..  FIRST thing that I wanted to say is I’m not good in English at all..  Too bad..   Because for the past 10 years, I was very2  good in English and I just can’t believe it that my English was way better than Bahasa ..I got 100% for couple of times.. But now??  What happen??  So, I hope any grammatical mistakes that I made here, u can always correct me.. Serious, I’ll sincerely accept it with open arms.. 


Want to know why I’m posting this post? It is because I want to share with u guys about my bad experience with  English.. Recently, Papa brought me and Mama to this 1 place located at Mont Kiara.. As u can see, Mont Kiara is a place that too much of foreigner hanging around and having fun.. –clubbing, taking some cocktails,partying… etc… I even wondering, is this Malaysia? U can only count with fingers how many Malay ( muslim ) here in MK..


So as usual, getting to know  Papa’s new friends, wasn’t my first time..  I’ve met hundred or maybe thousand of his friends.. Hehehe.. But this 1 guy, OMG.. I hate him.. Yes, he's a very friendly an talkative person.. And with that, i was so annoyed... Too loud of talking, and I can only hear his voice throughout many people in the cafe.. Well for me, it looks like he did it on purpose.. Just wanted to be the centre of attraction maybe... He's an Indian, but not from Malaysia..


I was so bored at that time.. I don't even drink no smoking.. Lucky i brought my novel for me to read than sitting there doing nothing... So, here come the best part.. This annoying guy always keep asking me questions.. about myself, studies, and all stuff.. What can i expect from people in MK??? They're all English speaking.. And i admit that my speaking in English was so bad.. too sad it is getting worst...Asking me in English, and I'll stuck myself for several minutes just to find what words that i have to spit out..


Well, i can't imagine what my face looks like.. He manage to make me look like a total idiot.. U win this time.. It wasn't the question that cause the problem, but the way he looked at me and keep insinuate me.. I felt so embarassed.. It just because i'm not that good in English, people will think that i am not a smart person.. Yes, I am not a smart person and i realize that since primary school.. But as i know myself, i am not really THAT stupid...

Maybe i've put our language at the highest in authority.. until i neglected English.. And now, i realize that English is a very important language to learn and to use it.. Sometimes i felt ashamed of myself about this matter.. but at the same time, i felt so grateful because my family 
( Mama n Halim ) and my lover, never look down towards me..They always give me a moral support.. I appreciate it so much.. Maybe someday i want to hire English teacher or even i go to English class... I want to improve my English and self confidence... And i really2 hope that i can speak English fluently n perfectly... No one can make me look like an idiot anymore... And yes, it is for myself too..


Thanks a lot for reading my post and remember.. PLEASEEE do correct my English.. I know there will be so many mistakes that i made here... Till then.. Salam... ;)




2010/03/16

KEKASIH HATIKU ...







Assalamualaikum semua..

Dah lama betul saya tak update blog saya ni.. Banyak betul perkara yang berlaku sepnjang saya "menyepikan" diri.. Bermacam peristiwa suka dan duka telah saya lalui.. Tapi saya tak mau cerita sedih2 kat sini.. Saya nak kongsi 1 cerita yang sgt2 menggembirakan saya.. Iaitu CINTA saya terhadap seorang jejaka ni.. :)

Saya tak pernah merancang atau jangka yang saya akan jatuh cinta pada dia.. Tapi takdir dah temukan saya dengan dia.. Mula2, saya cuma anggap dia sbg teman je.. Setelah sekian lama kenal antara 1 sama lain, saya terasa mcm kekurangan kalau dia xde bsama saya.. Rasa rindu dan sayang tu tiba2 muncul dlm hati saya.. Tertanya2 juga apakah saya sudah jatuh cinta dgn dia?

Namun pada masa tu, saya bcadang untuk tak mau beritahu dia tentang apa yang saya rasa..Yelah, takut2 kalau saya ni hanya bertepuk sebelah tangan.. Sgt2 memalukan bila mana perempuan jatuh cinta pd lelaki yang tak cintakan dia langsung.. Rasa mcm loser gila.. Saya ni memang seorang yang sgt2 pemalu.. Sampai tiba masa 1 hari tu, dia luahkan pula perasaan dia terhadap saya.. Dia cintakan saya!! Tapi dek krn malu dan rasa terkelu, saya hanya mdiamkan diri.. Masa tu, dia pula yang rasa saya hanya anggap dia sbg teman biasa.. Dia kelihatan agak kecewa masa tu.. dan malang tak berbau, dia ditimpa kemalangan.. Bsyukur yang teramat, dia tak cedera.. Saya tau, apa yang sedang bermain dlm fikiran dia masa tu..

Waktu tu, saya rasa sgt2 bersalah kat dia.. Kerana saya, dia ditimpa malang.. Maafkan saya B.. Namun setelah beberapa masalah yang saya lalui sudah dselesaikan, saya telah bersedia untuk menerima dia dlm hidup saya.. Ini kerana saya juga sgt2 cintakan dia.. Saya bsyukur kerana Allah tlh menemukan saya dgn seorang lelaki idaman saya selama ni..InsyaAllah.. Terlalu banyak peristiwa dan cerita untuk saya ceritakan.. Namun , apa yang penting, saya sudah pun kongsi kisah cinta saya bersama dia dgn semua, walaupun saya tak ceritakan semua secara detail..

Kini, saya bahagia dengan dia.. Semoga tiada siapa yang menjadi penghalang cinta antara kita.. Sebelum saya lupa, jejaka yang berjaya menambat hati saya ni, Mohammad Khubaib namanya.. Dia seorang yang sangat2 baik, jujur, dan sentiasa bersama dgn saya ketika saya senang mahupun susah.. Terima Kasih B, krn memberi peluang kat saya untuk mencintai awak... I love u so much B.... Semoga hubungan cinta kita kekal selamanya... :)