Salam.. Lama juga rasanya aku tak jenguk blog ni.. Kalau rumah, mau berhabuk.. Terdetik kali ni aku nak luahkan perasaan yang aku dah lama pendam..
Sejak arwah ayah meninggal, hidup keluarga aku semakin payah.. Hilang terus punca rezeki.. Aku sehingga kini masih terus mencari kerja yang sesuai.. Bukannya aku memilih.. Tapi hanya berbekalkan diploma yang tak laku, SPM yang tak seberapa, memang peluang pekerjaan tu agak sempit..
Dah banyak kerja yang aku cuba.. Tapi rezeki tu tak melekat lama.. Mana taknya.. Bidang kerja yang aku apply selama ni pun, jauh dari bidang yang betul-betul aku mahir.. Aku betul2 kesal dengan apa yang berlaku dengan diri aku.. Pelajaran aku pun dah kecundang.. Nak sambung, keadaan pula tak mengizinkan..
Kolej sampah yang aku belajar dulu tu, memang menunggu masa untuk tutup.. Macam-macam tuntutan aku dah lakukan, tapi nasib masih lagi tak menyebelahi aku.. Nampaknya pihak yang menganiaya masih lagi menang.. Tak mengapa.. Allah SWT ada.. Biar Dia saja yang membalasnya..
Cuma sekarang aku masih lagi menunggu panggilan dari tempat kerja yang telah aku mohon.. Hari-hari aku bersabar.. Rezeki takkan datang bergolek.. Aku sebagai anak yang sulung, aku bertanggungjawab dalam hal rumahtangga keluarga aku sendiri.. Sebab tu aku rela berkorban walaupun aku terpaksa lepaskan peluang untuk belajar… aku lepaskan..
Kerumitan dalam keluarga aku memang payah untuk orang faham.. Allah SWT saja yang tau apa yang berlaku.. Aku tak pernah minta untk menjadi kaya raya, hidup mewah macam orang lain.. Aku cuma mohon agar beban dalam keluarga aku diringankan..
Mujurlah kini kami sekeluarga ada menjalani bisnes kecil-kecilan membuat Cupcakes.. Kami pun baru saja berjinak-jinak.. Buat masa ni, Alhamdulillah takde masalah.. Semuanya berjalan dengan lancar..
Biarlah aku hanya berbekalkan pelajaran yang tak seberapa.. Tak kisah sekiranya orang memandang rendah terhadap aku, pandang serong, atau apa saja.. Tu semua tak penting bagi aku.. Bukan mereka yang beri keluarga aku makan.. Bukan mereka yang beri kesenangan.. Mereka bukan siapa-siapa pun, melainkan perosak..
Apa yang penting, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup dan terus kuat menghadapi dugaan yang telah diberikan-Nya.. Terima kasih kepada saudara mara yang membantu, walaupun bukan semua.. Aku tetap bersyukur.. Aku berjanji sekiranya suatu saat dan ketika nanti, Allah SWT limpahkan rezeki pada aku, aku takkan lupa pada mereka yang memerlukan.. Hanya orang yang pernah susah saja yang memahami keadaan mereka yang susah…
InsyaAllah…