2011/11/08

KENAPA MESTI BODEK?

Salam semua…

Aku seringkali terfikir tentang isu bodek ni dari dulu.. Cuma kali ni aku terasa untuk meluahkan apa yang terkandung dalam buah fikiran aku.. Bodek ertinya sama dengan mengampu atau mengipas seseorang yang lebih berkuasa dari kita.. Contohnya macam boss kita..

Boleh dikatakan, semua tempat kerja pasti akan ada kaki bodek @ kaki kipas ni.. Pada mulanya kita mungkin akan rasa okay dan tak berapa nak kisah sangat.. Tapi lama kelamaan, percayalah.. Korang akan meluat, benci, dan menyampah dengan kehadiran dorang ni..

Peliknya rasa apabila mengapa harus ada sikap sedemikian.. ? Bagi aku, orang macam ni, tak yakin pada kemampuan diri.. Tak yakin pada tahap kebagusan dalam diri untuk melakukan kerja dengan baik.. Sehingga sanggup untuk menjadi hipokrit dan menipu diri sendiri.. Kenapa mesti bodek?

Agar boleh dikatakan bagus?

Boleh dipuji?

Boleh dipandang tinggi?

Mereka tak terfikir ke, bahawa majikan itu sendiri tak bodoh untuk menilai mereka? Sungguh memalukan.. Pernah juga kawan aku cakap, bahawa dalam dunia sekarang, bodek itu perlu!! Aku faham apa yang dia maksudkan, tapi tak bermakna aku setuju dengan cara macam tu!

Pengalaman banyak mengajar aku.. Dah bersepah kaki bodek yang aku jumpa.. Malah aku pernah disisihkan hanya kerana aku tak pandai membodek.. Untuk apa pun sebenarnya? Untuk apa aku menipu pada diri sendiri..? Untuk apa menjadi hipokrit demi mendapat pujian yang mungkin dari orang yang hipokrit juga?

Bagi aku, kalau diri kita cukup bagus dan boleh melakukan tugasan yang diberi dengan baik, boss boleh nampak semua tu.. Tanpa perlu kita bodek dia.. Berbuat baik pada boss dan mengipas-ngipas boss adalah dua perkara yang berbeza.. Rasanya kita dah cukup bijak untuk menilai perbezaan ni kan?

Lebih menyedihkan, ada sesetengah kaki bodek ni, punya la baik bila didepan boss.. Di belakang, dikutuk-kutuknya boss tu.. Mereka fikir, dengan membodek, boss akan nampak dan suka.. Maka cepat la pangkat mereka dinaikkan.. Gaji pun naik..! Mereka silap!! Kebanyakan majikan ni, akan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Sebab dah boleh baca sikap mereka.. Sanggup buat apa saja untuk menonjolkan diri..

Apa yang bahaya dengan mereka ni, bukan saja sanggup memburukkan rakan setugas yang lain, malah sanggup menjatuhkan seseorang.. Kadangkala taktik tu berjaya.. Oleh itu mereka akan berasa puas.. Tapi ingat…! What goes around, comes around.. Balasan pasti akan tiba.. Cepat atau lambat..

Maka kesimpulannya, tiada baiknya bila ada sifat membodek ni dalam diri.. Pandangan orang sekeliling sudah tentu buruk.. Bahkan boss kita sendiri pun boleh tahu.. Jadi, kita seharusnya bersikap sederhana, jadi diri sendiri, yakin dengan kemampuan diri, dan buat baik pada semua orang tanpa perlu membodek.. Tak susah kan?

Percayalah.. Kalau kita baik, orang pasti akan nampak.. Pasti akan suka… Tak perlu jadi plastik.. Tak perlu jadi hipokrit.. Bukankah itu akan menambahkan kebencian orang terhadap kita.. Menyampah dengan kita.. Orang lain sudah tentu akan selesa dengan diri kita yang sebenar, dan senang dengan tingkah laku yang bersederhana.. Itu lebih baik..

Terima Kasih.. =)

2011/11/04

AKU BERSYUKUR

Salam.. Lama juga rasanya aku tak jenguk blog ni.. Kalau rumah, mau berhabuk.. Terdetik kali ni aku nak luahkan perasaan yang aku dah lama pendam..

Sejak arwah ayah meninggal, hidup keluarga aku semakin payah.. Hilang terus punca rezeki.. Aku sehingga kini masih terus mencari kerja yang sesuai.. Bukannya aku memilih.. Tapi hanya berbekalkan diploma yang tak laku, SPM yang tak seberapa, memang peluang pekerjaan tu agak sempit..

Dah banyak kerja yang aku cuba.. Tapi rezeki tu tak melekat lama.. Mana taknya.. Bidang kerja yang aku apply selama ni pun, jauh dari bidang yang betul-betul aku mahir.. Aku betul2 kesal dengan apa yang berlaku dengan diri aku.. Pelajaran aku pun dah kecundang.. Nak sambung, keadaan pula tak mengizinkan..

Kolej sampah yang aku belajar dulu tu, memang menunggu masa untuk tutup.. Macam-macam tuntutan aku dah lakukan, tapi nasib masih lagi tak menyebelahi aku.. Nampaknya pihak yang menganiaya masih lagi menang.. Tak mengapa.. Allah SWT ada.. Biar Dia saja yang membalasnya..

Cuma sekarang aku masih lagi menunggu panggilan dari tempat kerja yang telah aku mohon.. Hari-hari aku bersabar.. Rezeki takkan datang bergolek.. Aku sebagai anak yang sulung, aku bertanggungjawab dalam hal rumahtangga keluarga aku sendiri.. Sebab tu aku rela berkorban walaupun aku terpaksa lepaskan peluang untuk belajar… aku lepaskan..

Kerumitan dalam keluarga aku memang payah untuk orang faham.. Allah SWT saja yang tau apa yang berlaku.. Aku tak pernah minta untk menjadi kaya raya, hidup mewah macam orang lain.. Aku cuma mohon agar beban dalam keluarga aku diringankan..

Mujurlah kini kami sekeluarga ada menjalani bisnes kecil-kecilan membuat Cupcakes.. Kami pun baru saja berjinak-jinak.. Buat masa ni, Alhamdulillah takde masalah.. Semuanya berjalan dengan lancar..

Biarlah aku hanya berbekalkan pelajaran yang tak seberapa.. Tak kisah sekiranya orang memandang rendah terhadap aku, pandang serong, atau apa saja.. Tu semua tak penting bagi aku.. Bukan mereka yang beri keluarga aku makan.. Bukan mereka yang beri kesenangan.. Mereka bukan siapa-siapa pun, melainkan perosak..

Apa yang penting, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup dan terus kuat menghadapi dugaan yang telah diberikan-Nya.. Terima kasih kepada saudara mara yang membantu, walaupun bukan semua.. Aku tetap bersyukur.. Aku berjanji sekiranya suatu saat dan ketika nanti, Allah SWT limpahkan rezeki pada aku, aku takkan lupa pada mereka yang memerlukan.. Hanya orang yang pernah susah saja yang memahami keadaan mereka yang susah…

InsyaAllah…