2009/06/11

KEKEJAMAN DUNIA

Salam dan sejahtera kpd pbaca...


Beberapa hari yang lepas, saya ada terbaca artikel nie... yang mengatakan, pasangan suami isteri ni, nakkan sangat sorg anak... Maklum la.. dh lama kawin.. Tp malangnya, si isteri ni plak, mandul... xleh nk mengandung... Jadi, pasangan ni amik keputusan untuk dapatkn anak dengan kaedah, IBU TUMPANG!!!... Bayangkan la... Sanggup nak gunakan cara mcm tu hanya nak dptkn zuriat...Nak dijadikan cerita plk, zaman skrg ni, makin maju,makin ramai plk org yang bodoh!!! Yang mana spatutnya, makin bijak2..

Kalau anda semua jenis yang amik tau ttg hal isu semasa, anda akan perasan yang
sekarang ni, makin ramai manusia yang semakin kejam... Tak payah la nak cerita pasal isu rogol, bunuh, ragut dan jenayah2 kejam yang lain... Yang saya nak fokuskn sekarang ni, pasal isu BUANG BAYI @ anak sendiri - darah daging sendiri...!!!! Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang??? Buat bayi pandai... tp nak pikul tanggungjawab, dh jd binatang plk??...

Masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang mahukan anak malah sanggup berusaha menjalani beberapa kaedah untuk mendapatkan zuriat... Tetapi mengapa ada segelintir daripada masyarakat kita sendiri yang sanggup membunuh bayi yang dilahirkan?? Adakah itu caranya untuk menutup malu??
Di manakah iman mereka?? Yang paling saya kesal, rata-rata mereka berbangsa melayu yang melakukan perbuatan hina ini...Mereka terus lupa pada Allah, lupa keluarga... Jikalau hati tu sudah kering dan tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatan zina yang dilakukan, apakah perlu sampai tahap membunuh? Sudahlah melakukan satu dosa yang sgt besar (zina) , nak tambah lagi dengan membuang malah membunuh bayi???

Golongan inilah yang saya gelarkan sampah
dalam masyarakat kita..Mana la x ramai manusia yang bertukar jadi setan kalau xde punca2nya... Kadang2, didikan ibu bapa tu yg penting.. Yang ini ibu bapa pn duk terkangkang, duk ternganga, anak di luar, tidak amik peduli... Lagi 1, media kita yang terlalu fokus dengan dunia hiburan sampai remaja2 kita sendiri mabuk dengan mainan dunia...Tapi kot macam mana, hujung pangkal terletak kat atas diri kta sendiri. Kalau jenis yang bijak berfikir sebelum bertindak, maka baik la hasilnya, InsyaAllah.. Kalau jahil, ini la jadinya... Sampai bayi yang x berdosa, yang jadi mangsa.. Dunia ni, dh mcm neraka pabila sesetgh manusia bertukar syaitan.. Ini saya letak gambar2 mayat bayi terbuang untuk tatapan para pembaca...

Mayat bayi lelaki yang dicampak di kawasan pembuangan sampah.




Mayat bayi lelaki yang dipotong kepalanya dan dibelah perut sehingga terkeluar usus sebelum dibuang ke
dalam besen.

Apa dosa bayi ini?


Tergamak mereka melakukan perbuatan hina sebegini..

Saya ada banyak lagi gambar-gambar yang menyayat hati... Tak sanggup nak letak banyak2... Saya cuma mahu kita renungkan, bahawa Allah itu Maha Adil... Setiap manusia yang ada dalam muka bumi ni, pasti akan ditimpa balasan yang setimpal... Saya sendiri pun bukan la baik sangat... Tapi ingat, kalau kita x boleh nak buat semua, jangan tinggal semua.Sekian itu sahaja yang saya nak sampaikan... Mungkin sesetgh orang bpendapat, yg isu ni dh lapok, tp bagi saya, isu ni akan berpanjangan kalo kita sndiri memandang remeh?? Apa anda sanggup tgk dan dengar berita bayi dicampak, dibunuh dan dibuang??? Tanya la diri sendiri... Salam...



No comments:

Post a Comment