2011/12/18
MISSING MY DEAD FATHER
2011/12/16
VACATION WITH FRIENDS
Sorry guys for the late update.. Should have done this earlier.. I've been really busy lately and don't have much time to update anything.. There are lots of pics that I have, but I can't put it all in here.. ;) Miss u guys a lot.. Hope to see u all soon..
2011/11/08
KENAPA MESTI BODEK?
Salam semua…
Aku seringkali terfikir tentang isu bodek ni dari dulu.. Cuma kali ni aku terasa untuk meluahkan apa yang terkandung dalam buah fikiran aku.. Bodek ertinya sama dengan mengampu atau mengipas seseorang yang lebih berkuasa dari kita.. Contohnya macam boss kita..
Boleh dikatakan, semua tempat kerja pasti akan ada kaki bodek @ kaki kipas ni.. Pada mulanya kita mungkin akan rasa okay dan tak berapa nak kisah sangat.. Tapi lama kelamaan, percayalah.. Korang akan meluat, benci, dan menyampah dengan kehadiran dorang ni..
Peliknya rasa apabila mengapa harus ada sikap sedemikian.. ? Bagi aku, orang macam ni, tak yakin pada kemampuan diri.. Tak yakin pada tahap kebagusan dalam diri untuk melakukan kerja dengan baik.. Sehingga sanggup untuk menjadi hipokrit dan menipu diri sendiri.. Kenapa mesti bodek?
Agar boleh dikatakan bagus?
Boleh dipuji?
Boleh dipandang tinggi?
Mereka tak terfikir ke, bahawa majikan itu sendiri tak bodoh untuk menilai mereka? Sungguh memalukan.. Pernah juga kawan aku cakap, bahawa dalam dunia sekarang, bodek itu perlu!! Aku faham apa yang dia maksudkan, tapi tak bermakna aku setuju dengan cara macam tu!
Pengalaman banyak mengajar aku.. Dah bersepah kaki bodek yang aku jumpa.. Malah aku pernah disisihkan hanya kerana aku tak pandai membodek.. Untuk apa pun sebenarnya? Untuk apa aku menipu pada diri sendiri..? Untuk apa menjadi hipokrit demi mendapat pujian yang mungkin dari orang yang hipokrit juga?
Bagi aku, kalau diri kita cukup bagus dan boleh melakukan tugasan yang diberi dengan baik, boss boleh nampak semua tu.. Tanpa perlu kita bodek dia.. Berbuat baik pada boss dan mengipas-ngipas boss adalah dua perkara yang berbeza.. Rasanya kita dah cukup bijak untuk menilai perbezaan ni kan?
Lebih menyedihkan, ada sesetengah kaki bodek ni, punya la baik bila didepan boss.. Di belakang, dikutuk-kutuknya boss tu.. Mereka fikir, dengan membodek, boss akan nampak dan suka.. Maka cepat la pangkat mereka dinaikkan.. Gaji pun naik..! Mereka silap!! Kebanyakan majikan ni, akan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri.. Sebab dah boleh baca sikap mereka.. Sanggup buat apa saja untuk menonjolkan diri..
Apa yang bahaya dengan mereka ni, bukan saja sanggup memburukkan rakan setugas yang lain, malah sanggup menjatuhkan seseorang.. Kadangkala taktik tu berjaya.. Oleh itu mereka akan berasa puas.. Tapi ingat…! What goes around, comes around.. Balasan pasti akan tiba.. Cepat atau lambat..
Maka kesimpulannya, tiada baiknya bila ada sifat membodek ni dalam diri.. Pandangan orang sekeliling sudah tentu buruk.. Bahkan boss kita sendiri pun boleh tahu.. Jadi, kita seharusnya bersikap sederhana, jadi diri sendiri, yakin dengan kemampuan diri, dan buat baik pada semua orang tanpa perlu membodek.. Tak susah kan?
Percayalah.. Kalau kita baik, orang pasti akan nampak.. Pasti akan suka… Tak perlu jadi plastik.. Tak perlu jadi hipokrit.. Bukankah itu akan menambahkan kebencian orang terhadap kita.. Menyampah dengan kita.. Orang lain sudah tentu akan selesa dengan diri kita yang sebenar, dan senang dengan tingkah laku yang bersederhana.. Itu lebih baik..
Terima Kasih.. =)
2011/11/04
AKU BERSYUKUR
Salam.. Lama juga rasanya aku tak jenguk blog ni.. Kalau rumah, mau berhabuk.. Terdetik kali ni aku nak luahkan perasaan yang aku dah lama pendam..
Sejak arwah ayah meninggal, hidup keluarga aku semakin payah.. Hilang terus punca rezeki.. Aku sehingga kini masih terus mencari kerja yang sesuai.. Bukannya aku memilih.. Tapi hanya berbekalkan diploma yang tak laku, SPM yang tak seberapa, memang peluang pekerjaan tu agak sempit..
Dah banyak kerja yang aku cuba.. Tapi rezeki tu tak melekat lama.. Mana taknya.. Bidang kerja yang aku apply selama ni pun, jauh dari bidang yang betul-betul aku mahir.. Aku betul2 kesal dengan apa yang berlaku dengan diri aku.. Pelajaran aku pun dah kecundang.. Nak sambung, keadaan pula tak mengizinkan..
Kolej sampah yang aku belajar dulu tu, memang menunggu masa untuk tutup.. Macam-macam tuntutan aku dah lakukan, tapi nasib masih lagi tak menyebelahi aku.. Nampaknya pihak yang menganiaya masih lagi menang.. Tak mengapa.. Allah SWT ada.. Biar Dia saja yang membalasnya..
Cuma sekarang aku masih lagi menunggu panggilan dari tempat kerja yang telah aku mohon.. Hari-hari aku bersabar.. Rezeki takkan datang bergolek.. Aku sebagai anak yang sulung, aku bertanggungjawab dalam hal rumahtangga keluarga aku sendiri.. Sebab tu aku rela berkorban walaupun aku terpaksa lepaskan peluang untuk belajar… aku lepaskan..
Kerumitan dalam keluarga aku memang payah untuk orang faham.. Allah SWT saja yang tau apa yang berlaku.. Aku tak pernah minta untk menjadi kaya raya, hidup mewah macam orang lain.. Aku cuma mohon agar beban dalam keluarga aku diringankan..
Mujurlah kini kami sekeluarga ada menjalani bisnes kecil-kecilan membuat Cupcakes.. Kami pun baru saja berjinak-jinak.. Buat masa ni, Alhamdulillah takde masalah.. Semuanya berjalan dengan lancar..
Biarlah aku hanya berbekalkan pelajaran yang tak seberapa.. Tak kisah sekiranya orang memandang rendah terhadap aku, pandang serong, atau apa saja.. Tu semua tak penting bagi aku.. Bukan mereka yang beri keluarga aku makan.. Bukan mereka yang beri kesenangan.. Mereka bukan siapa-siapa pun, melainkan perosak..
Apa yang penting, aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus hidup dan terus kuat menghadapi dugaan yang telah diberikan-Nya.. Terima kasih kepada saudara mara yang membantu, walaupun bukan semua.. Aku tetap bersyukur.. Aku berjanji sekiranya suatu saat dan ketika nanti, Allah SWT limpahkan rezeki pada aku, aku takkan lupa pada mereka yang memerlukan.. Hanya orang yang pernah susah saja yang memahami keadaan mereka yang susah…
InsyaAllah…
2011/09/16
ALHAMDULILLAH
Salam..
Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana memberi semangat ke dalam diri aku untuk meneruskan cabaran yang tiada kesudahannya dalam hidup aku.. Dari kesusahan dan pelbagai masalah keluarga, ditambah pula dengan kematian ayah baru-baru ni.. Terlalu banyak perkara yang aku terpaksa lalui dengan sukar..
Aku bersyukur kerana baru-baru ni aku berjaya melepasi ujian di tempat kerja.. Itu rezeki dari Allah buat aku.. Aku kini selesa dengan tempat kerja walaupun aku tahu aku tak lekat lama kat situ.. Tapi andai kata aku sudah ditakdirkan untuk kerja lama, aku terima..
Aku sebenarnya sudah lama mengharap agar dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi ikut kemampuan diri ni.. Tapi apa boleh buat.. Nasib kurang baik apabila ditipu oleh kolej swasta (MIIM).
Oh ya… Berkenaan kes aku di tribunal, aku biarkan masa yang menentukan.. Sebab kes masih belum selesai.. Aku pernah juga terfikir untuk membiarkan je.. Sebab aku malas nak teruskan perkara yang sememangnya sukar dan tiada kesudahan.. Adalah lebih baik aku fokus pada pelajaran dan kerja aku..
Ini kerana aku percaya pada hukum karma.. Kita buat baik pada orang, satu hari nanti pasti akan dibalas dengan baik.. Tapi sekiranya kita menganiaya orang, akan tiba saat dan seketika, pasti orang tu akan dibalas dengan buruk.. Hanya lambat dan cepat je.. Aku benci pada orang yang seronok menganiaya orang.. Aku pun tak faham dengan sesetengah manusia yang tak berhati perut macam ni..
Tidakkah ada sedikit rasa simpati mereka terhadap aku yang dianiaya? Ya, aku diperbodohkan.. Jadi apa yang aku mahu adalah keadilan.. Tapi kalau itu juga aku tak boleh nak capai, maka aku redha.. Sebab rezeki untuk aku pasti akan terbuka, InsyaAllah.. Aku hanya mahukan yang terbaik dalam hidup.. Aku belajar dari kesilapan.. Ini kerana aku akan pastikan orang takkan berani memperbodohkan aku.. Aku dah serik..
Aku payah untuk marah orang apabila mereka buat salah.. Tapi aku ada sifat buruk apabila aku jenis yang memang pendendam.. Aku takkan diam dan tenang apabila orang yang menyakitkan hati aku, dibalas dengan hukuman yang setimpal.. Ini kerana aku akan pastikan dia akan rasa apa yang aku rasa.. Sebab bagi aku orang macam tu tak layak untuk dimaafkan.. Buat jahat kat orang tak fikir.. Bila dah susah, senang2 je nak maafkan? Sorry.. Itu bukan gaya aku.. Aku juga ada hati dan perasaan.. Kalau kesalahan kecik tu, takpe la lagi.. Aku bila2 masa boleh maafkan..
Apa-apa pun, aku akan berusaha keras untuk capai kemahuan aku.. Aku ada impian dan cita-cita.. Jadi aku takkan senang-senang bagi orang luar yang sememangnya manusia jahanam, merosakkan hidup aku dan keluarga.. Aku masih lagi berasa bertuah apabila ada keluarga di sisi.. Kekasih dan juga kawan-kawan yang baik..
Sesungguhnya cabaran dan kesusahan dalam hidup aku boleh membuat diri ini menjadi lebih matang dan kuat.. Kalau dulu aku mudah sedih, jatuh, hati yang rapuh.. Sekarang tidak lagi.. Alhamdulillah sebab diberi kekuatan sebegini.. Aku takkan pernah putus untuk berdoa agar diberi kejayaan dan keberkatan dalam hidup.. Inilah dunia yang sebenar..
2011/09/03
SELAMAT TINGGAL PAPA~
Salam..
Tidak pernah aku sangka bahawa post aku kali ni merupakan satu penyampaian khabar sedih untuk dikongsi bersama.. Dikala orang lain gembira menyambut aidilfitri bersama keluarga, saudara mara & rakan-rakan, sebaliknya buat aku..
Walaupun selama ini raya yang aku sambut, kurang meriah jika dibandingkan dengan orang lain.. Sudah lama aku tak pulang ke kampung.. Sudah lama juga aku tidak beraya di rumah kawan-kawan.. Yang ada selama ini, Cuma beraya berempat bersama keluarga.. Hanya mengharapkan tetamu bertandang ke rumah untuk beraya.. Tapi aku tak merungut sebab dah biasa..
Cuma raya pada tahun ini memang terasa sangat sayu.. Ini kerana pada tanggal 29 Ogos 2011 aku kehilangan papa.. Iaitu pada hari terakhir di bulan ramadhan.. Yang mana keesokannya raya.. Aku buntu ketika itu kerana pada pagi sahur tu, papa sempat bersahur sama dengan kami.. ( mama & adik )
Arwah juga tak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum pemergiannya.. Masih jelas di ingatan bahawa menu terakhir arwah papa ialah roti dan juga telur mata.. Tu saja yang diminta.. Masa tu pun arwah tak cakap banyak.. Tu bukan sesuatu yang pelik sebab selama ni pun, arwah memang senyap ketika makan..
Selepas selesai bersahur, kami semua pun terus masuk dalam bilik untuk sambung berehat.. Arwah papa tidur di bilik tengah.. Seorang… Aku masih belum tidur sebab sibuk online.. Tak sampai pukul 7 pagi, aku terasa ngantuk dan tutup laptop.. Mama yang terlelap, tersedar dan minta aku tutupkan semua lampu-lampu.. Aku dan mama juga pada masa yang sama terdengar bunyi air melimpah kat tandas luar.. Aku sangkakan papa terlupa nak tutup paip.. Bila aku check, aku ternampak papa jatuh terlentang kat lantai tandas.. Aku panik dan cepat-cepat panggil mama dan adik untuk tolong..
Masa tu mama dan adik yang tolong angkatkan papa. Ketika itu mangkuk tandas dipenuhi dengan darah-darah beku.. Itu menunjukkan papa muntah darah.. Aku cepat-cepat keluar dari rumah untuk minta tolong dari jiran.. Mujurlah masa tu mereka semua belum balik kampung.. Jiran yang baik tu pun bantu kami dan tolong panggilkan ambulans.. Setengah jam kemudian, ambulans pun sampai.. Pembantu doktor dengan pantas masuk ke dalam rumah dan buat pemeriksaan terhadap papa.. Hasilnya, dia telah membuatkan kepastian bahawa papa sudah tidak bernyawa lagi.. Aku terasa sangat-sangat sedih sebab arwah pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesan..
Namun Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar.. Sebelum zohor jenazah sudahpun dikebumikan.. Adik beradik arwah semua hadir.. Jiran-jiran dan kawan-kawan arwah juga datang membantu.. Disitulah saat terakhir aku melihat arwah.. Meninggalkan aku dan juga keluarga buat selama-lamanya..
Aku sebak kerana selama ini aku memang tak rapat dengan arwah papa.. Hanya bercakap ketika perlu je.. Namun pemergiannya, amatlah terasa.. Aku sayu apabila mengenangkan betapa arwah terseksa di saat-saat akhirnya sebelum meninggal.. Keadaan arwah yang masih berdarah di mulut dan juga hidung.. Mungkin itulah punca arwah sesak nafas.. Darah beku tersangkut dibahagian kerongkong dan juga hidung..
Dalam pada itu, aku juga kesal dengan pihak hospital yang selama ini tak memberikan rawatan yang sepatutnya.. Arwah papa meninggal, baru tahu penyakit sebenar berdasarkan simptom-simptom yang ada semasa meninggal.. Ia adalah kanser paru-paru.. Selama ini doktor gagal untuk mengesan penyakit arwah papa.. X-ray dah buat dan doktor hanya mendapati yang paru-paru arwah papa tak jelas kelihatan kerana diselaputi dengan kahak.. Tapi tak kata apa-apa penyakit kronik pun..
Tapi untuk menuding jari dan mencari salah mana-mana pihak, memang tidak adil.. Ini kerana kita hanyalah manusia.. Kita tak mampu untuk melawan takdir.. Allah S.W.T telah menentukan ajal seseorang.. Disaat kematian seseorang, tidak cepat atau lewat sedetik pun.. Jadi aku redha dengan pemergian arwah papa.. Aku sebagai anak, hanya mampu mendoakan kesejahteraan rohnya di alam sana.. Apa yang pasti, aku amat merinduinya.. Ya, walaupun selama ini aku dan arwah kurang bermesra, namun arwah tetap ayah aku..
Kesalnya rasa apabila arwah papa tidak sempat untuk merasa rendang, lodeh, lemang dan ketupat.. Tu sajalah yang arwah mengidam sangat beberapa hari sebelum nak raya.. Kesalnya aku kerana aku selama ini tak pernah mengucapkan kata-kata betapa aku sayangkan dia.. Ya Allah.. Sememangnya kali ini Kau telah memberi dugaan yang paling hebat buat aku..
2011/07/16
KERJA BARU
Salam..
Sejak aku mula bekerja ni, jangan kata nak update blog, nak online pun payah… Bila dah jadi macam ni, aku tukar je pelan line internet aku dari prepaid, ke postpaid.. Malas la nak topup tiap2 seminggu… Lebih baik ambik pakej bayar sebulan terus… Senang..
Aku sekarang sedang dalam training sebagai customer service untuk TM selama 2 bulan.. Yang bestnya, gaji jalannn… Hehehe… Walaupun penat, tapi menyeronokkan… Aku baru seminggu training.. Jadi, ada baki sebulan 3 minggu.. Masih jauh lagi perjalanan.. Aku harapkan semuanya ok..
Ramai jugak yang tanya, kenapa pilih kerja sebagai customer service? Kenapa tak apply kat ASTRO ke, TV3 ke, RTM ke? Hmmm, aku bukannya tak nak try.. Aku DAH try pun, tapi takde kosong.. ASTRO, jauh pulak dari rumah aku.. Yang lain, ok je.. Cuma memang takde kosong.. Nak tunggu, berbulu la jugak.. Mungkin belum rezeki lagi..
Bagi aku, tak sepatutnya untuk kita terlalu memilih kerja dengan keadaan hidup sekarang yang amat banyak menggunakan duit.. Apatah lagi aku ni.. Ayah dah tak bekerja, sebab sakit.. Mak memang tak bekerja.. Adik pulak, masih belajar.. Hanya tinggal aku je yang boleh dorang harapkan..
Sebab tu aku grab je peluang ni.. Aku bersyukur sebab berjaya terpilih untuk kerja ni.. Bukan senang.. Nak jadi customer service, memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, pandai komunikasi dalam Bahasa Inggeris juga.. Jadi, aku percaya aku mampu.. Kawan2 batch training aku ni pun semua baik2.. Sebab tu walaupun terpaksa bangun pagi2 buta, balik kerja lewat petang, tapi seronok bila ada member2 satu kepala..
Kali ni insyaAllah aku akan berikan yang terbaik sepanjang aku bekerja.. Berapa lama, aku tak pasti.. Semuanya hanya bergantung pada keadaan.. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan…
Assalam…













